Pages

Friday, October 29, 2010

...wuwuuu sabarlah hati~


uhh maybe sebab semalam lama sangat kat studio...
so badan yang dah dua tiga hari asyik demam malam akhirnya sampai kemuncaknya bila flu ngan cough join skali hari ni....
sehari suntuk tak dapat study padahal esok paper ar.sc...
lepas minum woods je confirm masuk alam mimpi...
dah jaga pulak kena minum woods lagi!!...kan 4 jam sekali (*_*)...
so nak start je study dah jadi cam ni (+_+)....
ni baru je tak lepas 10 minit call ma..
bagitau esok ada paper...huhuuuu..
puas hati dapat borak  ngan ma even sekejap pun....
wuwuuu sabarlah hati~

Wednesday, October 27, 2010

AJIB...

balik je kelas tadi aku online..baca news rini.nak beli paper kos pulak.hehe..tapi  macam biasa la.bila dah online sah-sah on mukabuku skali..and finally aku tertarik nak baca satu note member kepada member aku punya...note dia ni bez and for those yang tak nak tanggung dosa lagi boleh ambil iktibar dari crita ni...note tu pasal surat seorang anak nak minta untuk kahwin dari mak ayah dia...jom baca~

*********************************************************


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…


Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.


Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.


Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.


Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.


Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:


“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)


Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.


Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.


Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.


Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.


Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…


Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.


Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.


Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.


Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.


Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.


Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.


Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.



Puteramu,

Ajib

**********************************************
kan bagus kalau anak muda sekarang berfikiran macam ajib ni. tak de la dosa bertambah sangat...tapiii...mesti ada mak ayah yang tak setuju...bila wujud situasi macam ni kita tak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri..why?? bagi aku, actually in our life tak de benda yang sukar melainkan kita yang menyukarkannya..tilik,baca,and study diri sendiri apa yang tak betul so that insyallah semua akan ok and we can justify our desicions...
smile and you'll feel better =)

Tuesday, October 26, 2010

struCTuRE??...DoNe!

alhamdulillah hari ni dah selesai 1 paper..dah boleh tutup kisah structure I untuk 2 bulan..next paper on saturday pulak.petang macam biasa...architectural science...rasa cam kosong pulak untuk subjek ni..sempat ke nak cover dlm 3 hari ni??..hopefully x de masalah...thank god i'm still alive (^_^)

Monday, October 25, 2010

hoh +_+

miz pizza so much.....huu~

what to say...

kesekian kalinya aku lemas lagi...

Ya ALLAH aku mohon ampunkanlah dosa-dosaku
dosa-dosa kedua ibu bapaku
dosa-dosa kaum kerabatku
dosa-dosa saudara-saudaraku yang lampau,kini dan kemudian hari..
Ya Rabb..berilah aku ketenangan..
Jauhkanlah aku dari segala penyakit hati
Lindungilah aku dengan payung rahmatmu
Ya ALLAH..
padaMu aku mohon 
permudahkanlah segala urusanku..
berkatilah segala ilmuku
lapangkanlah hatiku..
aminn...

Wednesday, October 20, 2010

DOSA LEBIH BERAT DARI ZINA...

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

Sunday, September 26, 2010

MATA SIAPA TAK PERNAH MENANGIS..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

Wednesday, September 22, 2010

aku rupanya masih punya saat tuk happy (^_^)v

alhamdulillah...sume bjalan lancar.kbuntuan tghri tadi trlerai gak.aku call 06 n tya diorg sape yg nk prgi AD?..kak sara,zai, n najwa cnfrm prgi so bg ok ok la blh la jdkn tmn..haha dah exctd nk pergi tiba2 tringat aku dh x de kst proper.yg dulu dh bg kt mmber so brmula la plak ksh kesah mncari kasut.smpai kt angsana aku pi slongkar.. kst tu ada,bw je pkainya x coz time check sahsiah rupadiri aku lulus je ngan sndal.sempoi je!!dah la rehrsal kt hall smalam x pi.lantak la main taram je kt dwn td.....pasal kt hall plak..kcewa skit.cam bez lg kt DSI lm je.klu dulu kitorg bleh je gempur stage tu lps mjls slesai tapi kat hall br ni diorg x kasi...dh sdiakan tmpt tuk fotogrfi konon..huhu sedih skit tapi kitorang biasa la.degil tu dh semestinya cuma x de la over sgt kan.maklum la dh tua2 sume.haha..

perlu ke x???

hari ni 22.09.10 brsamaan 13 syawal 1431H  de majlis anugerah dekan kat DSI..ni plak baru je hbs kls structr...ee x tau nk prgi x.cam x de tmn je coz dorg yg lain x cnfrmkn ngan HEP smda nk prgi x...x prgi rs syg plak coz kira frst tme AD bt kat DSI baru...wuwuuu buntu...

WHOOOAA!!!

huhuu cuai kot smalam..terdelete sume foto sem ni..sedihnya bila tringat nk kna cllct blk sume tu..makan ms plak ngan kerja makin brtmbah ni..sabarlah hati~

Sunday, September 19, 2010

subMissIOn esok!!

wuwuuu srabut...ni dah 2 stgh...model x siap lg..prsnttn board x buat lg..stay up mlm ni la jwbnya....

Friday, September 17, 2010

7 syawal 1431H

salam...

hari ni mrupakan hari kejadian..n kjdian tu adalah BBQ ngan family kat Lata Rek.hehe jgn jelez coz rini pun still main lata lagi.tapi...aku cam biasa la x smpt nk terjun lam air jugak..dah bsr2 ni kna la tlg bakar ayam,sosej,etc..lagi plak tadi pergi dah agak lewat.sampai sana pun dekat jam 6 ptg dah.apa pduli gelap pun,janji enjoy.bukan slalu dapat picnik ngan family ni.time cuti2 camni je pun.tapi tadi family kak che ngan abe Di x dapat join.huhu ksian anak2 dorang x dpt main air..haha...

 skali-skala camni mmg enjoy.panas pun x pe..bakar lemak.haha...


4 keta je.so maknanya 2 fmly missing..

kitorang balik dalam 7 lbh.dah maghrb pun...aku ngan halim,dibah n adik x blk trs.kitorg singgah rmh abe di nak bagi bbq ngan kepok.ingt nak singgah kejap je but tup2 sampai jam 9 lbh.tu pun kak za call nk knci rmh ckp diorg dah smpai...alahai ksiannya diorang kena tunggu kami.hehe...blk tadi dia singgah rmh kak che utk bagi bbq gak.takut ade yg kempunan.lagi plak kak za mmg x sempat braya rmh kak che pun lagi.so kira chance la tu.....

Monday, September 13, 2010

.GuNung Reng hoihoi!!

4 syawal 1431H..
hari ni ade majlis sambut menantu kat rumah pak sdara aku di jeli or lebih specfc  kat gunung reng...dah alang2 my ma nak pergi dengan kereta ayah su, so kitorang adik-bradik yang single mingle ni apa lagi , jalan2 cari angin la jawabnya..huhu mood happy memanjang rini...smpai gunung reng kitorang tak terus pergi rumah pak sdara aku tu.kitorang pergi panjat gunung dulu.tapi aku surrnder la.panjat yang kat bawah je x smpai atas coz x bw baju salin.aku trs dengan baju kurung time nak datang tadi while my sis dibah n adik mmg ready nk msk gng.halim pun sama.abang aku sorang tu mmg.eco-pelancongan.hehe...

 dibah,halim n adik tengah ready nak msk gua...jelez~
ni posing kat dalam gua dah pun (dalam la sangat..hehe)...ktinggian kawasan kjadian kira2 5m ke 6m je.aku sampai situ je la msk.nak naik tinggi lagi join diorang x dapat coz x ready ngan propr attre.huhu haru~



diorang ni boleh la dikatakan kaki posing..hehe...ni sbelum masuk dalam gunung reng tu.kat kaki gua dia..kisah gunung reng ni agak special actually coz gunung ni ikut crita org2 tua asalnya dari satu kawasan kat sempadan perak-kelantan.tapi gunung ni terbang ke lokasi skarang dan dipercayai dibawah gunung reng ni terdapat sbuah kampung.kisah kampung kena tindih ni sebab kat kg tu ade buat keraian slama 7hr n 7 mlm x henti2 n ada pada suatu hari(x dinyatakan semasa keraian@slps itu) pnduduk kg buat  prlwnn/pertarungan diantara kucing n anjing.so agaknya maybe sbb mmperlaku binatang camtu so mreka kena balasan...kisah ni kalau pk2 cam susah nak percaya tapi bak kata ayah su aku x de yang mustahil dengan kuasa tuhan sape tahu kan?...wallahuallam..oh ikt crita org2 tua lagi,kawasan asal gunung reng ni yg kat sempadan tu dah jadi kolam/tasik.aku pun x pasti.tapi pak su aku ckp mmg btl n size dia pun sama ngan base gunung reng ni.rasa cam nak gi explore je.hehe...bila la nak ada klapangan agaknya yer?
haa ni lagi sorang abang aku..ish ngan anak2 skali nak ikut ba dia naik gunung.tapi nak dijadikan crita,x smpai puncak pun diorang naik.hehe mn larat nak kendong harith sampai atas.berat kot.sama brt ngan guni beras 10kg rasanya.ke lbh?hehe...hakim ngan hafiz pun laju je mula2 naik tu tapi last2 hafiz pun surrndr.hakim je follow halim smpai atas.ikut crita halim atas tu mmg btl ade space cam kamar.n space tu x kotor cam space lain yg de klawar n etc.cam ade org tinggal.ikt kepercayaan kan tmpt tu antara tmpt tggl puteri saadong.dalam gunung reng tu ade byk la bnda bez.juz aku je yg x de pluang nak msk btl2 dalam tu sampai puncak.antara crita yg aku dengar first ada bilik bedak,katil,kolam susu,gajah batu,etc..ish serius nxt tme pergi aku nk msk...


lepas tu......
kitorang pergi rumah ayah ya pak sdara aku tu lps zohor.kebetulan dekat gunung reng tu ade masjid so kitorg pergi sana je untuk solat.time kitorang kat masjid tu dah nampak rombongan wife spupu aku.apa lg kitorang rush ler x nk sampai rumah pak sdara srentak ngan menantu dia.nanti x bez plak nak mlantak kalau crwded sgt.cey cey...dah kenyang makan nasi kenduri kitorang balik.x snonoh kan.haha dah kenyang blah..hehe lantak la janji site aku dapat.kitorang balik ikut jalan dabong...tapi kitorang singgah kat lata janggut dulu..fuh mmg cantik r lata tu.lagi bez dari lata rek..


jeng jeng...jelez x kitorang sdondong on 4th syawal??haha pergi lata dengan baju kurung.mencabar kot naik bkt,lompat batu n etc berbaju kurung.korang sume patut try camni..hehe (^,^)....

kat sana  x de sape2 mandi pun dikalangan kitorang.juz tgkap gambar je n explore skt2 kawasan tu..mmg cool!!laen kali sure nak dtg mandi plak..rugi la time tu coz aku ngan adik2 sume baju kurung.pergi kenduri la katakan..aish pink plak tu.cam x btl ngan diri aku.(tergelak bila tgk balik gambar)haha...dalam sejam kat sana kitorang pun teruskan jrny kami.nxt destinasi of crse la gunung stong..ishk mmg exctd giler.nm je org klantan tapi tu la first time aku jejak kaki kat gng stong tu..bez jugak.tapi takut la nak mandi..tambah plak dah dekat jam enam ptg bila samapai sana tu..tapi halim tu ptg2 lagi bez dia cakap.apa lagi, dia ngan amir layan hbs la air terjun tu.massage konon.haha..jelez kot tgk dorang dua tu mandi..wuwu next time nak pergi main kat sana jugak..aish x leh jadi kan tengok orang je main air?bila agaknya boleh pergi sana plak?emmm..mlm kami singgaj dinner rumah akak aku kat manek urai.nsb baik.x payah masak mlm ni.hehe boleh rilex kauwkaw!!ma plak still ikut braya ngan su kat padang bukit,rantau panjang.esk baru nak balik katanya.tak pe la bukan slalu ma dapat jumpa adik dia.mesti nk lps rindu lama2 kan.aku pun syg adik2 aku.lama2 tinggal rindu kat diorang.....emm..macam tu la berakhirnya raya ke4 aku..happy ending (^,^)v

Sunday, September 12, 2010

R.A.Y.A vs K.E.N.D.U.R.I

rini 3 syawal spupu aku kawen....ingat x nak pergi.x tahan sakit perut ngan sakit blikat.pasal blikat tu ma aku cakap maybe kena 'demam urat' kot.coz duk drve lama2.abg aku plak cakap maybe coz pnah duk angkat2 bnda berat.tapi nsb baik la tegang /sakit tu rasa time batuk ngan bersin je...pasal x nak pergi kenduri tu ma aku ckp x baik x pergi.bukan slalu pun.huhu haru btl klu ma yang cakap camtu so finally kena jugak aku pergi...la budda......




adik n anak buah..nak sama bsr je kan?



fatih happy sangat kat kenduri tu dapat main panjat2 tangga.kat rmh dia ade pagar so x bleh panjat2.sakan sampai makan pun byk.


spupu2 aku..kak cik,kakak,yana,kak ani

pasangan yang dirai..long n his wife

byk2 hantaran aku focus kat pulut smangat ni je..tau x ak ngan adik2 yg tlg ma buat ni.lawa x?haha (^,^)v






kat kenduri tu aku pergi je.amik syarat.hehe...makan x.muak dgn gulai so aku duk main ngan fatih je kat sana.last aku jumpa fatih dulu dia juz dpt mnyulur n x bleh bjalan pun lg.ni skarang siap main panjat2.btutur pun ntah pape lg...hopeflly atih jadi insan berguna kelak.aminn..luv u

Thursday, September 9, 2010

mana dulu penting sUbMissiOn or RaYA??

memang suratan hidup 'student' agaknya...nak cuti raya je confrm assignmnt byk.tambah ngan yg duk delay before cuti(amik muka!!malas lg lain kali..)....raya kali ni byk gak assignmnt kna siapkan.land survy,arc.sc,BC,design,etc....asal la jadi camni???haru...x mo malas dah pasni.promise!.....design ni submssn on frst day lectre nati.sempt x nk buat dgn mood raya tahap max ni?...Ya ALLAH berilah aku sdikit kelapangan untuk selesaikan design walaupun dalam kemeriahan meraikan aidilfitri...BC alhamdulillah smpt siapkn bfre blk cuti ritu,tp x tau la ikt spcfctn yg tuan aji nk tau x..brief beliau x clear sgt coz task tuk assgnmnt tu pun beliau kasi pass kt bdk je..minta2 dh btl la apa aku buat so sattle la satu....aku nk RAYA!!!

Monday, August 16, 2010

ToOlbOx GhaIB!!!

aish dugaan lagi skali...x ingt dah bila date pristiwa ni berlaku tapi still dalam minggu ni la...toolbox tu elok je ade atas meja aku malam sebelum ghaib kena curi.tup2 pagi khamis pi studio blh plak lesap.x tau nak suspek sape tapi seingat aku pagi tu aku second person dtg studio....ntah sape la bertuah sangat dapat tangan panjang combo set ngan x de perasaan ambil barang orang lain..Ya ALLAH berilah petunjuk pada gerangan hambaMU yang panjang tangan itu agar terbuka pintu hatinya untuk berubah.aminn~......
mlayan lagi duit aku sem ni nak bli tools baru..hukhuu =(

Saturday, August 14, 2010

notion....fantacy....imagination....reality!!!!!

hosh camne ni...ma tolong!!!huhu design buntu....isnin ni dah submission...2nd project kena design kiosk for extrme sport..kali ni aku pertaruh white water rafting.wuwu special sport ni sbb bounce...aish macam2 rasa time crit..awal2 dulu aku pilih tauromachy tapi bila crit mockup first baru trasa kebosanan game tu..then aku plh plak whte wtr raftg ni...idea ada tapi biasalah mesti sentiasa kena devlp...1st week crit design aku lulus but 2nd week fail..x kan la nk go on dgn mockup first dulu coz yg tu mmg cincai..masa tutorial ngan en.raja mckup 2nd aku jd 'reverse fountain' (term din kasi)...reverse pun reverse la but camne nk devlp lg????

aku hanya insan yang kerdil..

Bismillahirrahmanirrahim...Ya ALLAH Ya Tuhanku, pencipta sekalian alam.sesungguhnya padaMu aku memohon, padaMU jua aku berserah.Dengan belas kasihMu aku minta jauhkanlah aku dari penyakit hati Ya ALLAH.jauhkanlah aku dari hasad dengki Ya ALLAH .jauhkanlah aku dari sifat tamak Ya ALLAH,lindungilah aku dari segala fitnah Ya ALLAH.Tetapkanlah imanku Ya ALLAH,cekalkanlah hatiku dalam menempuh dugaan hidup Ya ALLAH.Ya Rabbi hanya KAU yang tahu apa dalam fikiranku dan apa yang bakal aku tempuhi.Ya Rabbi aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah ENGKAU kurniakan.aku bersyukur dengan peluang melihat dunia ini.aku bersyukur dengan aturan ENGKAU Ya Rabb...aku mohon Ya ALLAH.hapuskanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa saudara-saudaraku dan dosa sekalian hambaMU Ya ALLAH...Ya ALLAH berkatilah hidupku..aminn aminn aminn Ya ALLAH

Thursday, August 12, 2010

saya rindu rumah saya##..

ahlan wasahla shahrul ramadhan..shahrul karem shahrul barakah....hari ni 2 ramdhan 1431H spatutnya ak dh blk kg.saja nak sambut awal ramadhan dengan family tapi coz ada submission isnin ni so terpaksa la cancl plan..wuwuuu nk balik puasa kat rumah (T-T)......sedih gak x dapat blk + plak dgn design fail tadi...berbaloi la ngan tido skt kepala smalam...hopeflly aku dpt siapkan design kiosk utk submssion isnin nati before this sunday so blh ak rest puas2 on sunday...aminn..

Wednesday, June 30, 2010

GB awesome!!

pluang mlawat sri lanka memang bez..kitorang pergi dlm 6 hr and banyak jugak tempat yg dilawati tapi most of them GB pya desgn la...mmg smart n cool beb!!rasa berbaloi join trip ni..dapat mlawat rmh ngan offce GB.dapat feels dia pya dsgn plg bez....mmg tak tau nk intrprte camne coz gaban BEZ...bak kata en.tajul,x de yg x bez mlainkan sume BEZ..huhu hopeflly nxt tme dpt join lagi trip camni...aminn~

Friday, June 18, 2010

archustic

haa finally tamat jugak workshop..cam minggu mms dulu2 je kena jalan jauh2.naik tangga bukit tinggi..bjemur..mlalak..tapi bez..haha..ni second time join architectural workshop but first time jd partcpnt.kat workshop rumi dulu jadi kru je...spanjang preprtion kat UiTM,4 hari kat UKM dan sehari kat taylor's college banyak benda baru aku belajar.ade baik ade yang buruk.ngee~
...paling bez time wrkshop dapat kenal ramai member baru.lagi emm kena buat somthg yang tak pernah dibuat before ni..haha..thanks to all mmber group 18sg n kak ain n ana.kenangan ngan korang memang tak dapat dilupakan especially during our group perfrmnce..cheer pun blh tahan la.18sg sweeeeett~..hahaha..
em nxt year kat UTM plak.apa agaknya tema nanti???...x sabar untuk nxt year..jangan ade pocong tunggu kitorang kat UTM sudah.

Thursday, June 10, 2010

reSuLt!!!!

Mmaaaa...x nak check reslt boleh x????ishk2 risau je nak check...

Sunday, June 6, 2010

winduu..

wah lame kot x update blog...ntah pesal rsa gatal plak tangan nk mnaip mlm ni...cuti sem ni pun rasa cam x cuti sgt.nxt week dh nk strt archustic..camne ni rasa cam x yakin je dh la 8 jun kna p perak blk.cam mls..ngee~

Friday, June 4, 2010

thanKs TOYOL!!!

Bu cakap aku macam dah nyanyuk time duk recall memory pasal note yg baru amik kat ATM..haru duit kena curi..mana x haru kalau fikir2 campur tolak darab bahagi bundar boleh gn buat makan lps gak utk sminggu..tapi thnks jugak la kat si terdesak tu coz x sapu hbs duit dlm wllet.ade jgk ati perasaan dia nak tgglkan skit evn juz note RM5 n 1.pndai btl dia settg.dah la tme ak nak p KL..ishk.minta2 la bukan dikalangan member sdiri yg buat....
hari tu nasib sempat lunch ngan family kat rumah akak.n aku bagitau la diorang pasal  note tu.pe lagi dorang bagi gdebush mmg kena atas kepala aku balik.amik muka sape suruh sambil lewa tinggal wllet dalam dshbrd kete.kan dah ade toyol yang suka.hahaaaa...abg aku mmg.sngaja x nak bagi brk sangka ngan member..btl gak kan. toyol je yang tahu pilih note2 camtu so kesimpulannya kat uitm ada toyol...n banyak sangat toyolnya...harapnya lepas ni toyol tu dah x nakal la ye coz x elok amik hasil usaha org laen.urmm...puas

Thursday, May 20, 2010

always be there...

hohoo finally part3 dh berakhir..hope usaha spanjang sem ni berbaloi.exm x payah nk cakap la cnfrm kaw kaw soalan.x tau nk kata susah x tapi dah asam garam hdp la ade soalan tak bleh jwb tu.hbs je exm kitorg cam heavn sikit kat studio.hahaa 3/4 hari nk rview baru nk start glabah siapkn project..tu la antara corak hdp budak aki.hehe~
last mint pun kitorg stll bleh enjy evn mata semua dh bengkak2 x ckp tdo.knangan plg bez stay up sm2 buat2 kja kt stdio mlm b4 intrnal rview.masa tu x yah cakap la,sume tekun je smpai trbaring trgolek sume ade.gaya bbs katakan..plg bez esk ms rviewnya brape kerat je studnt dtg.haha ksian je lectrer kitorg nk cover.tu sume pasal blk lwt time pagi tu.ade blk kul 8 ade kul 10.konon nk blk mndi je tup tup sume yg blik x dtg trs..haru haru~
time extrnl rview alhadulillah ok je.most of us hadir.ms talk frm sir alan tu pun rmai je join but talk yg ptg rmai yg lesap.cam chipsmore...

final projct..form n space

group 1

last day in 03

Monday, April 5, 2010

Papan SI-SA, FloaTinG StruCture

hola.....
ish minggu ni banyak betul program.yang latest kelmarin baru kitorang selesai project floating structure under kelas design yang mana kitorang studio 03 Sri Iskandar gabung dengan stdio 03 Shah Alam bertempat kat Papan.Masuk ni pergi kat Papan saja dah tiga kali untuk sem ni.yang first dulu under kelas design juga tapi untuk study pasal color.second time pulak masa kem jati diri warga senibina,program under departmnt...untuk task gabung dengan student SA ni kitorang kena bawa materials dari kampus..ada bawa botol,batang pipe,tali,benang,dawai,tube,cable,dan banyak la lagi..
structure yang kitorang buat kena floating time letak 2 brick or kitorang akan fail...
sambil tunggu student SA sampai kitorang first cari dan cop port untuk group masing-masing.group aku pilih paling hujung.thn kitorang buat ala-ala empangan kat port tu supaya arus tidak laju dan level air nak dalam lagi...budak SA datang baru kitorang start built our structure.idea kitorang create sama2 dan kitorang puas hati dengan hasil kerja kitorang...
mak oi berjela cerita tapi lupa pulak nak habaq pasal member group aku.untuk task ni aku still group dengan zati,fit n clarence dan tambah 3 member dari SA iaitu Wafeeq,Soya dan Didi...

Detik Kejayaan kat Papan...hehe

Clarence,Zati,Tih,Fit

Soya,Wafeeq,Didi

Belah malam pulak kitorang gabung antara 2 group untuk performance.group nombor ganjil dengan ganjil dan genap dengan genap.performance kitorang base on cabutan.group aku kena bangkitkan suasana horror..hehe kacang je coz senior yang jaga dewan makan pun sempoi time minta dia pun tutup lampu area tu.group aku dapat second place untuk best performance.kira ok la dapat gak hadiah lastik 1.....

~suasana discussion before performance~

Pada second day,lepas breakfast dalam jam 9.00am, student SA terus ke gua tempurung untuk trip diorang while us kat Papan teruskan aktiviti dengan jungle tracking...ni kali kedua aku join track yang sama.yang before ni x best coz aku sorang je part 3 but this time best sangat-sangat pasal dengan member kelas.dapat main air pulak tu.lagi la bertambah syok..hahaa..emm x lupa buat pacat kat papan,thanks coz bagi aku kenangan.kalau ada next time,harap pilih la orang lain pulak.ngee~

stop jap..semput.hahaa


track kitorang tahap 2 je.tu pun dah cukup penat

Saturday, April 3, 2010

~LeLuHuR~

wah syok sgt dinner tadi.hahaa..slamber main air hujan kot..archydinner sem ni tema luhur.pakaian kna melayu tradisional..hentam je baju kurung(tradisional gak kan?+ kebangsaan gitu)..
aish mak ai tadi punya la lama tunggu 'pengantin' brsiap smpai baju lencur ngan peluh.sabor je ler..
dnner kali ni kat pdg kawad.boleh la tahan.specialnya makan bersila yg berakhir ngan banjir~

gulz from studio 03


sometme we need rest.so enjoy je ngan banjir..
opss somthg special gak dinner tadi.sabahan pakai baju melayu..hehe cumel gitu.







Thursday, April 1, 2010

~LaPoRan LawAtaN Ke LamBor~

Pelajar kumpulan AR3B dan AR3D untuk kursus Sejarah Senibina telah mengadakan satu lawatan ke Kampung Gajah dan kawasan lain yang berdekatan dengannya.Rombongan dijadual bertolak pada jam 8.30 pagi tetapi disebabkan beberapa masalah timbul kami bertolak hampir jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan masing-masing dan sampai di lokasi berkumpul iaitu Masjid Sultan Azlan Shah, Kampung Gajah sekitar jam 10.15 pagi. Encik Firdaus memberi sedikit penerangan dan nasihat berkaitan dengan tujuan lawatan sebelum kami memulakan tugas berkumpulan.Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dimana setiap kumpulan telah diberi tugasan berbeza. Bagi kumpulan tiga, kami ditugaskan untuk mengkaji pengaruh senibina Indonesia dalam pembinaan makam di kawasan kajian. Setiap kumpulan diberi tempoh sehingga jam 3.00 petang untuk mengumpul bahan dan dikehendaki berkumpul semula di lokasi perjumpaan.Untuk mendapatkan maklumat ringkas berkaitan lokasi dimana terletaknya makam, kami telah pergi ke Pejabat Pentadbiran yang terletak di pekan Kg.Gajah. Kami berpeluang menemubual penghulu mukim Kampung Gajah, Encik Malik dan juga penghulu mukim Pasir Panjang Hulu iaitu Encik Syamsul. Maklumat yang diperoleh ternyata tidak mencukupi dan Encik Syamsul menyarankan kami supaya pergi ke Galeri Pasir Salak dimana disana terdapat banyak maklumat boleh diperolehi. Disebabkan masa agak lewat, kumpulan kami membuat keputusan untuk terus ke makam terdekat terlebih dahulu.
Makam yang kami ziarahi hanyalah makam Sultan Muhamad Iskandar Shah, makam Sultan Ahmad Tajuddin, dan Makam Megat Terawis. Lokasi makam tersebut agak tersembunyi dan dalam usaha menjejak makam kami ada tersesat jalan. Tiga makam tersebut terletak disepanjang Sungai Perak. Kemungkinan kenapa ia dibina disepanjang sungai kerana pada masa dahulu sungai merupakan pengankutan utama. Makam-makam tersebut dibina sama seperti kebanyakkan makam raja-raja di Indonesia dimana ia mempunyai ‘platform’. Selain itu, sultan tidak dikebumikan seorang dalam satu kawasan tetapi dikebumikan bersama kerabat yang lain diatas ‘platform’ tersebut.

Menurut responden kami, Puan Hamimah Bt. Mat Hasyim,48, makam-makam tersebut terbiar hinggakan kami sendiri sukar untuk menemuinya kerana buat masa sekarang tiada penjaga yang ditugaskan untuk memelihara kawasan makam tersebut. Manakala menurut waris Tok Sagor, iaitu Encik Haji Ramli B. Ngah Mat Ali atau juga dikenali Orang Besar Perak, makam-makam tersebut bakal dibaik pulih dibawah pengurusan pihak istana kerana ia berpotensi juga sebagai tarikan pelancong. Menurut beliau lagi, makam-makam sultan asalnya memiliki ukiran melayu asli pada kayu cengal sebagai dekorasi. Namun kami tidak pasti pada komponen mana ukiran tersebut diletak memandangkan hasil-hasil seni tersebut telah dicuri dari makam. Berkaitan pantang larang semasa menziarahi makam sultan, beliau hanya berpesan supaya ikut aturan seperti ke tanah perkuburan yang biasa dimana suci dari hadas besar, memberi salam, mendoakan si mati, dan menjaga adab serta pertuturan.

Sekitar jam 2.10 petang, kami bertolak ke Kampung Tersusun Teluk Memali dengan harapan sempat untuk ke makam-makam sultan yang lain dan juga tapak kubur J.W.W Birch namun hasrat kami tidak kesampaian kerana terlepas simpang dan bila kami kembali ikut simpang yang betul, kami hanya sempat masuk separuh jalan sahaja memandangkan masa telah hampir jam 3.00 petang.

Pada hari lawatan tersebut, kumpulan kami tidak sempat untuk ke Galeri Pasir Salak kerana pada fikiran kami, rombongan lawatan akan pergi bersama-sama setelah berkumpul di lokasi perjumpaan semula.

Setelah berkumpul dan masing-masing telah solat, setiap ketua kumpulan diminta supaya melaporkan hasil lawatan dan selepas itu Encik Firdaus membuat sedikit ulasan berdasarkan laporan kami. Rombongan kemudiannya dengan persetujuan majoriti telah bertolak ke Teluk Intan untuk sarapan tengahari yang tertunda kerana menurut Encik Firdaus di Teluk Intan terdapat gerai mee yang istimewa dan paling sedap. Kami tiba disana pada 4.30 petang. Rezki tidak menyebelahi kami kerana sampai sahaja disana, mee sudah habis. Dengan sedikit kecewa, rombongan kami bersarapan di gerai yang lain berdekatan dengan Menara Condong. Kami juga tidak sempat untuk masuk ke dalam menara tersebut kerana waktu melawat hanyalah sehingga jam 5.00 petang. Kami sekadar bergambar di kawasan menara dan melawat gerai-gerai jualan berhampiran.

Rombongan bertolak balik pada jam 7.00 malam dan berhenti untuk solat Maghrib di Masjid Sultan Azlan Shah sebelum meneruskan perjalanan kembali.Kami selamat tiba di kampus pada jam hampir 9.00 malam.