Pages

Sunday, August 14, 2011

Wednesday, July 6, 2011

awat?

awat atau dalam loghat kelantan bakpo membawa erti kenapa..
**********************
awatttt lagu ni??????
bazir masa aku je duk ternak binatang,tanam pokok,bina store n stalls..last2 ni aku dapat bila x main 3 bulan....kejam (T-T)



aishh geram aku ngan fb.mentang2 la dah berbulan aku tak main game,bleh je suka2 ubah aku punya farmville..letih tau duk arrnge farm cantek2 ngan pokok macam2.. (T-T)

dah insaf....lps ni mls duk main pape kat fb ~.~






Tuesday, July 5, 2011

sMiLe =)

just want to smile...againn... =)

klu korang slalu senyum bkn sahaja dapat pahala bahkan dapat jadi awet muda.x nak ke?.sejuk nanti sape pandang..kalau x pcaya try la....tapi make sure ikhlas~

*************************************
hari ni 5 julai 2011,selasa..
firstday keja...tolong bniaga kat kedai akak aku untuk frozen food..macam2 ragam manusia aku jumpa kat sana.maklum kedai kat pasar borong..korang tahu kan pasar borong tu apa??..(kalau tak tahu pergi slidik sdiri pedia)...tengok peraih brurusan jual beli,pak cik kedai yang klakar hiburkan hati dgn nyanyi2,brader cute main2 ngan nana,orang indo outing,pak cik mak cik yang briringan shopping, pekedai yang murah dengan senyuman....peristiwa2 pagi tadi macam terbayang2 lagi kat depan mata dan cukup untuk buat aku tersenyum sorang2..haha (^.^)...
tak sabar menunggu hari esok ^^,

Monday, July 4, 2011

masa

kalau rajin nak cari, ada banyak sangat pepatah dan pujangga berkaitan masa..
contoh macam 'masa itu ibarat pedang'..kalau anda tidak bertindak awal maka andalah yang akan tercantas..
tidak kurang ada juga yang mengatakan bahawa 'masa itu ibarat emas'.tapi kan..emas kan boleh dinilai dan dibeli.masa boleh ke??..cuba tenung dan fikir kembali apa yang dah kita buat slama kita bernafas di muka bumi ini....
sekadar hiasan

..bagi aku..semalam adalah sejarah yang pasti, sekarang adalah realiti yang nyata dan esok adalah pengharapan yang kabur..semoga esok akan terpancar sinar kebahagian untuk semua~

Saturday, July 2, 2011

air terjun hoihoi ~.~

assalamualaikum.........heeheeee >.<
mood tengah happy baru lepas reunion dengan geng  ketegaq Rahmaniah..kitorang picnic kat jeram linang hari ini..best pasal dapat bjumpa ngan member2 lama yang skepala kalau bab nak mendajal.haha...port pun best.pasal aku memang dah dekat 2 bulan duk impi nak main air terjun.start sbelum study week dulu lagi..alhamdulillah x dapat pi yang kat perak rupanya de hikmah kan walaupun kena panjat memanjat bukit yg agak tinggi (^.^)...next time location lain plak insyallah~

kite bakoor >.<
syok picnik ngan berbekal sakan ~^.^~

Thursday, June 30, 2011

kaki Vs, Jalan2

uiya uiya uiya...ingat lagi kot cheers team uia tiap kali workshop tapi time mlawat diorang punya annual yrs exhibtn kat KAED hari ni macam suram..x energetic..tapi dorang punya projct bagi third year best.pasal islamic architecture..tak silap batch 3rd year student uia devided  into 4 grps and stiap group kena kaji masjid kat negara lain2..video diorang pun style.suka ngan effct...nak blaja edit vdeo la nanti.hehe...oh and then aftr pi KAED aku pi amik adik aku kat mahallah sumayyah..msk bilik dia jap usha2 skit.fuyooo kalah teruk UiTM.hehe...tapi tak kisah pun pasal padan la kan ngan fee diorang..lepas tu lagi ktorang pi jalan2 kat the mines.jumpa popeye!!!haha excited weh pasal kat ipoh mana nak ada..pasal rushing and ingat nanti nak kena hantar Dayah kat sepang plak so tapau je mashed potato ngan coleslw.seyes 2 menu ni kalau compre ngan kfc mmg cnfrm kalah.....dapat pi jalan2 langsung lupa kaki sakit kan.haha..dah la esok kena drive nak balik klantan plak..mintak2 perjalanan esk slamat.(^.^)v







Wednesday, June 29, 2011

bila co-pilot anda comel sangat...

ni baru lepas tolong akak aku ambil anak2 dia dari tadika..first time nak pi tadika tu mana tahu jalan pasal hdp dalam taman bukan life aku..so akak aku minta athirah(4 thn) merangkap anak ke-3 beliau jadi co-pilot memandangkan athirah dah hafal jalan sebab slalu sangat ikut abah dia pi amik abang n kakak dia kat sana...
kalau crita2 pasal co-pilot ni aku rasa semua orang penah ada pengalaman masing2..kadang2 bila kita jadi co-pilot pun slalu juga buat silap kan (jgn nafi ok)....tapi byk2 pngalaman aku ngan co-pilot,yang hari ni la paling tak tahu nak cakap apa.first tme dpt co-pilot kecik...2x silap junction padahal situ cross jnction.hahaaa...subhanallah.....bila dia cakap kanan2 tapi tangan tunjuk arah lain rasa cam eeeeee je...rasa nak gigit jugak jari dia tu...tapi nsb baik dia tu comel2 mata bulat2 muka innocent...ishh x sampai hati plak..hahahaaa..

athirah setahun jagung


 si comel!!

TeRaNGaN

sekian kalinya...baru ade kesempatan untuk pos entry pasal terang..dekat stengah bulan dah lepas ni..tapi tak basi lagi memandangkan community kat fb terang still meriah...kan..^.^
workshop tahun ni kat UTM Skudai.start 12-17 jun...yang beznya workshop tu tiap kali birthday aku..emm nasib la badan...tapi sayang untuk modul paling bez yang ala2 explorace kat JB aku x dapat join pasal kaki aku tseliuh..sayang kan.terpaksalah aku terperuk sorang kat hostel..sunyi gaban hostel.naik seram gak aku.mana taknya dorang balik dkt kul 12 mlm..nsb baik b4 aku sliuh dh smpat kluar round2 sana kjp.kalau tak confirm kempunan kan..tapi 1 lagi tmpt aku nak pi time kat sana.SINGAPORE..passport dah siap bawa kot2 ade masa luang boleh lari kejap..alik2 seliuh.tapi tak pe.maybe ade hikmah tak dapat pergi time tu....keinginan nak pi ada lagi (^.^)v...


team performance KUNANG

ooo pasal team lupa nak crita...team kitorang nama KUNANG.sbelum tu agak banyak jugak la nama2 yang kru cadang tapi mostly tak dapat nak explain maksud nama2 yg dorang suggest.kami pilih ikut undian and hujah antara kru..tu je untuk entry kali ni..mekacih ^^,
see...banyak kan..hehee mentang2 la tema TERANG..but at least kami try.

Tuesday, June 28, 2011

TudUng saNa sIni

Entry kali ni pasal bertudung...
sekarang ni macam-macam gaya tudung ada kat pasaran. Datuk K, CT, wardina, ariani, shawl pashmina, n banyak la tak terkira nama ada.kadang-kadang rambang mata kalau nak beli tudung kan...sebenarnya tak salah kalau nak bergaya sekalipun.tapi biarlah berpada2..tujuan Islam mewajibkan bertudung bagi wanita bukan lain kalau tak untuk menjaga martabat wanita itu sendiri...dan seeloknya ikutlah tuntutan syariah.melepasi paras dada...anda bukan hanya cantik bahkan teramat cantik jika bertudung..percayalah (^.^)v
**************************************
Ni ada artikel n bagi aku boleh diklasifikasi sebagai agak menarik bagi menambat hati wanita lain untuk bertudung...
SEBAB KENAPA WANITA CANTIK PAKAI TUDUNG
1.         Dia nak tutup aurat
2.        Dia jaga maruah diri
3.        Dia cantik tapi tak nak tunjuk kecantikan diri pada ajnabi
4.       Dia anak solehah...atau mungkin sedang belajar untuk menjadi solehah
5.       Dia dengar cakap ayah dan ibu
6.       Dia hormati orang lain
7.       Dia takut timbul niat tidak baik orang lain pada dirinya
8.       Dia tak nak diminati ramai lelaki
9.       Dia tak nak menyusahkan orang lain
10.     Dia dahagakan pahala
11.       Dia nak jadi contoh pada hawa yang lain
12.      Dia nak supaya hanya lelaki beriman je yang suka dirinya
13.      Dia dengar suruhan Nabi s.a.w
14.     Dia tahu dapat kurangkan nafsu lelaki
15.     Dia tahu rambut adalah mahkota setiap wanita. Lagi dilindungi mahkota itu maka lagi bernilai.
16.     Dia tak nak rambutnya ditarik, digantung  dengan bara-bara api neraka dan dibakar dengan dasyat di akhirat kelat

Monday, June 27, 2011

::TerUjA::

Teruja...
pernah tak rasa?..haaaaa
tipu la kalau ade yang kata tak pernah kan.evn budak kecik pun selalu teruja..time tengah berfb tadi, kawan aku ade pos pasal teruja ngan posman..aku pun asyik duk berangan flash back zaman dulu2 time skolah-skolah...best jugak kan kalau dapat msj ngan surat.jadi penunggu posman setia la kita.tambah2 kalau lepas result spm keluar.hari2 dup-dap tunggu surat offer....
tapi semua tu dah jarang skarang.semua dah pakai teknologi.nak hantar repod kat lecturer pun siap pakai email je.kad raya pun sekarang ni dah boleh bilang ngan 10 jari je berapa keping dapat..tu la kesan kemajuan..sampai bila agak situasi camni akan berterusan??try imagine 20 tahun lagi ada lagi tak posman?...maybe ada tapi maybe kiriman pun dah bertukar bentuk 100% kan...

teruja tu bagi aku bagus..kalau some one teruja confirm air muka berubah jadi manis skali gus boleh buat awet muda kot.. (^.^)v....tapi benda ni tak de fakta la =P

::MakaRoNi BakOoor::

hari ni first time aku buat makaroni bakar.ingat nak makan untuk buka puasa tapi tak sempat masak pasal oven yang aku guna sangatlah special (^.^)...so after isyak baru aku layan makaroni ni..untuk first time buat rasanya not bad.hbs la 1/6 aku makan sorang.tapi yang kurang sikit pasal oven special sangat so cheese kat atas tak garing (T.T)...kalau tak sparuh bekas pun aku hbs.heheee..
 recipe macam biasa je.main campak (^.^)..try la campak jugak kalau nak rasa..

4 bwg merah
3 bwg putih
sparuh bwg sayur
daging kisar x kisah banyak mana ikut selera
tomato puri kimball sparuh tin (ikut selara masing2 sebenarnya)
karot
tomato
telur ayam 2 biji
makaroni blm masak secawa
cheese mozarella..

cara dia cincai je..

1. rebus makaroni dengan air + sikit minyak kemudian kalau dah kembang toskan
2.semua bawang n sayur kena hiris.goreng bawang sampai naik bau then campur tomato puri.dah didih masukkan daging kisar n campur air sikit + garam + gula...agak2 dalam 5-10 minit @ daging dah masak boleh la masukkan sayur (kalau nak rasa pedas boleh camur cili)..kacau lama2 sikit n sbelum masukkan makaroni kena matikan api dulu..
3.dah masuk makaroni kacau n masukkan telur.kacau lagi dan kemudian tuang dalam loyang (hopefully korang tahu la benda alah ni camna rupa)..pastu tabur la cheese kat atas as topping and finally bakooorrr sampai korang dah x tahan tengok cheese yang bez ^.^
4.dah masak ape lagi...makan la dengan Bismillah...


(p/s: sayur korang boleh je ubah ikut selera sayur korang suka)
slamat mencuba

Sunday, June 26, 2011

::S::E::n::I::B::i::n::A::

cam x pcaya skarang ni dah habis 5 sem aku study aki...skejap je rasa.macam2 dah aku lalui.best kot amik aki..banyak trip + banyak mockup = duit habis (^.^)..haha..ni saje nak recall balik semua tempat aku dah pi spanjang jadi bdk aki..

sem 1
ipoh --> rasanya sketch ngan pen
Kuala kangsar --> lupa jugak la.x slp pencil sketch kot
Lumut --> water colour
UiTM SA --> 21st architectural workshop RUMI

Sem 2
X pi mana2 pasal schedule tuk pi KL kena cancl coz of  cuti H1N1..

Sem 3
Papan --> CSI, floatg strctre + jungle tracking, kem jatidiri.3x kot pi papan time part3.
Gua tempurung --> Plane + space
Ipoh again --> pattern
UKM --> 22nd architectural workshop ARCHUSTIC
Sri Lanka --> trip tuk study tropical punya architecture dsgned by GB
Teluk Intan(menara condong) --> after trip ke kg.gajah Bota tuk history


Sem 4
Istana Budaya --> archiscience pasal auditorium
IKEA --> archiscience pasal mood cahaya n design pasal ergono
FRIM --> BC
Beaufert --> kilang kayu tuk BC
Bagan Datoh --> program anak angkat sminggu


Sem 5
Lumut again --> site untuk infill project toy shoppe
Pengkalan Balak, Melacca --> site untuk playschool merangkap final project
JB --> 23rd architectural workshop TERANG
Taiping --> pi amik laser finger yg order tuk tag
Pangkor --> pi makan angin after submission (klu x slp)

Saturday, June 25, 2011

::keLAnTanese::


 1. Kelantanese use a proper Malay word.
 Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:
                Ulau - Melaka
Ulaq – Kedah
Ulor - Johor
                Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
                dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.
 Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
 Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

                betina - tino (Ttee-nor)
                berjalan - jale (Jjaa-ley)
                bermain - maing (Mmaa-eng)
                perbualan - buale (Bbua- ley)
                pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
 contoh ayat:
 “Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.
 Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
 Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

 “Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
 “slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2 ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’ 
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.
 contoh:
 saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur) 
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft. 
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.
 Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
 Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
 (buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz 
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit
 Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)
 Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu
 ‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
 ‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
 ‘kawe’ dengan kenalan biasa
 ‘aku’ dengan member2 rapat
 ‘oghe’ dengan family
 ’sayo’ untuk formality


~credit to auni~

Wednesday, June 22, 2011

3 Jenis haTi IbaRat 3 JeNis AiR

3 jenis hati yang ada dalam diri kita ibarat 3 jenis air.. Sediakan 3 gelas, satunya berisi AIR KOSONG. Satunya AIR TEH dan yang satu lagi dengan AIR KOPI YANG PEKAT.

Untuk AIR KOSONG, diumpamakan HATI YANG BERSIH..Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan?

Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Untuk jenis hati yang KEDUA, AIR TEH itu diibaratkan sebagai HATI YANG SAKIT. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Dan untuk yang KETIGA ialah HATI YANG MATI, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai AIR KOPI YANG HITAM PEKAT dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.

Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.

Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah.

Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yanhg bersih.
"Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita."

credit to akh solehi

Tuesday, June 21, 2011

::my last report for archisa::

sem depan dah dpt lepas jawatan..hoorey happy sgt!!!x yah buat repod dah..x yah buat list dh..juz live the life (^.^)


LAPORAN PROGRAM JAMBORI PELAJAR SENIBINA KE-23

Tempat                        : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
Hari                             : Ahad - Jumaat
Tarikh                          : 12 – 17 Jun 2011
Pensyarah pengiring   : En.Tajul Edrus Nordin
                                      En.Nasurudin Hasbullah
Jumlah Peserta           :  55 orang pelajar AP213
Kejayaan                     : Tempat ke-3 bagi pertandingan ‘Installation & Exhibition’ yang disertai oleh

1.     AHMAD SYAHMI B. ABDUL AZNAN                              2008517741
2.     MOHAMMAD SOBRI B. ABDUL RAHMAN                      2008785083
3.     MUHAMMAD YAAQUB HAMBIAQ B. MAHMOOD           2008791343
4.     MOHD HADZRI B. MOHAMAD HILMI                             2008593591
5.     MOHD ZULFEKAR B. ABDUL RAHMAN RICHARD         2008593457
6.     MOHD HAFIZE B. ABU KASSIM                                    2008300409
7.     MUHAMMAD 'AFIF B. OTHMAN                         2008502081
8.     SITI FATIAH BT. IBRAHIM                                              2008598081
9.     FATIMATUL ZAHARA BT. ZOHDI                                   2008516197


AGENDA        :
  1.  Modul latihan berkumpulan,
  2. Diskusi
  3. Perbentangan umum
  4. Pertandingan (multimedia, fotografi, persembahan, rekaan, ‘installation & exhibition’)


AHAD
  • Selamat tiba di perkarangan UTM Skudai pada jam 8.00 pagi
  • Pendaftaran peserta bertempat di Foyer Fakulti Alam Bina (FAB) UTM Skudai beserta penyerahan kain rentang bersama bahan-bahan pertandingan yang lain (CDR multimedia, fotografi, rekaan)
  • Aktiviti pemasangan dan persediaan tempat untuk pameran
  • Melukis mural mewakili UiTM
  • ‘ice-breaking’ dan pembahagian peserta mengikut kumpulan
  • Modul latihan berkumpulan
-       mereka tanglung dan belon panas
-       menaikkan belon panas

ISNIN
  • Majlis perasmian ‘TERANG’ bertempat di Dewan Sultan Ismail
  • Modul latihan berkumpulan - melukis mural kumpulan dan membentuk kiub
  • Pertandingan persembahan malam pertama

SELASA
  • Pengucapan umum oleh mana-mana IPT yang mendaftarkan diri
  • Modul latihan berkumpulan - mencipta dan membentuk maskot TERANG
  • Pertandingan persembahan malam kedua

RABU
  • Bertolak ke Johor Bahru menaiki bas IPT masing-masing
  • Modul latihan berkumpulan – ‘treasure hunt’ bertempat disekitar JB
  • Persembahan umum di Legaran Segget
  • Bazaar JB disekitar JB

KHAMIS
  • Jualan Bazter disekitar FAB
  • Mesyuarat perhubungan PAM
  • Permainan Bazter dan persembahan oleh peserta berbakat
  • Majlis penutup bertempat di Dewan Sultan Ismail
- penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan
- penyerahan cenderamata kepada IPT yang menyertai jambori
- pengumuman UPM terpilih sebagai tuan rumah untuk Jambori pelajar Senibina Ke-24 2012 bertemakan PADI

JUMAAT
  • Mengemas bahan pameran
  • Penyerahan kunci asrama
  • Bertolak kembali ke UiTM Perak pada jam 12.00 tengahari dan selamat sampai pada jam 8.00 malam



Disediakan oleh, 
(SITI FATIAH BT. IBRAHIM)
Setiausaha
Persatuan ARCHISA
UiTM Perak


************************************************ 
gambar kt fb je.mekacih >.<

::aku kini?::

once again...haha aku x tahu asal tiap kali aku tls entry for blog cam juz cn’t stop frm continuing wrte for the nxt one...but dsn't mtter..kan?hehe..
******************************************
Masuk hari ni dah third day aku stay sorg kt rmh sewa....x bosan ke?erghh x yah tanya mmg sah2 la bosannnn sangat.haha...aku pun cam dah rasa weng skit(sumpah sikit je..).. nak pi kluar pun keta kat workshop lagi..nk hgout ngan mmber pun cam x de sorg pun available...so conclusion ak amik kputusan tuk stay je senyap2 kat rmh ni.rutin aku sakat lepas balik TERANG so simple...
Pagi buka pintu...bfast ngan roti tempayan + tuna @ mi sedap (bkn magi tau!!)...roti tempayan tu aku buat byk2 trs msk frozen.hahaha punya la mls nk kluar...hehe..
Tengahari plak ape lg on9 la.aku kan suka usha blog org lain tapi x sume blog aku add.yg ak rs ade meang je ak add...
Malam....emm mlm aku dner ngan nasi+ikn bilis bawang+kicap (jgn simpati tau...)...ni juz sbb kaki aku x elok lagi tuk pi jalan2 kluar bli makanan..since no1 beside so time ni la nak exprnce camne rasa  terdesak tuk hdp.haha..(gelak lam sendu ;).....)
 ...kdg2 aku x mkn pun mlm pasal x de mood...
...kdg2 aku terlintas camne la ade org yang bleh stay hidup sorg2 lama2??penyabar btl..aku 3 hari  pun dah rasa cam somthg...

....ni la time  tuk aku reflect diri aku...n sbb duk menyendiri ni la aku bleh cme out dgn somthg yang x pernah terlintas sbelum ni...

...aku mula kenal sape  kawan n sape ‘kawan’...

...insyallah lepas ni aku akan try untuk btlkan  ksilapan sikit demi sikit..doakan~
...insyallah  aku nak brusaha utk jd  abdillah muti’ah, bintu solehah, fataatu mutaaddibah, zaujatul mahbubah, ummu a’qilah, mujahidah mukminah and syahid fisabilillah...aku rindu kasihMU Ya Rabb..aminn~