cam x pcaya skarang ni dah habis 5 sem aku study aki...skejap je rasa.macam2 dah aku lalui.best kot amik aki..banyak trip + banyak mockup = duit habis (^.^)..haha..ni saje nak recall balik semua tempat aku dah pi spanjang jadi bdk aki..
sem 1
ipoh --> rasanya sketch ngan pen
Kuala kangsar --> lupa jugak la.x slp pencil sketch kot
Lumut --> water colour
UiTM SA --> 21st architectural workshop RUMI
Sem 2
X pi mana2 pasal schedule tuk pi KL kena cancl coz of cuti H1N1..
Sem 3
Papan --> CSI, floatg strctre + jungle tracking, kem jatidiri.3x kot pi papan time part3.
Gua tempurung --> Plane + space
Ipoh again --> pattern
UKM --> 22nd architectural workshop ARCHUSTIC
Sri Lanka --> trip tuk study tropical punya architecture dsgned by GB
Teluk Intan(menara condong) --> after trip ke kg.gajah Bota tuk history
Sem 4
Istana Budaya --> archiscience pasal auditorium
IKEA --> archiscience pasal mood cahaya n design pasal ergono
FRIM --> BC
Beaufert --> kilang kayu tuk BC
Bagan Datoh --> program anak angkat sminggu
Sem 5
Lumut again --> site untuk infill project toy shoppe
Pengkalan Balak, Melacca --> site untuk playschool merangkap final project
JB --> 23rd architectural workshop TERANG
Taiping --> pi amik laser finger yg order tuk tag
Pangkor --> pi makan angin after submission (klu x slp)
Showing posts with label pOnDOk ArKitEkTUr. Show all posts
Showing posts with label pOnDOk ArKitEkTUr. Show all posts
Sunday, June 26, 2011
Tuesday, June 21, 2011
::my last report for archisa::
sem depan dah dpt lepas jawatan..hoorey happy sgt!!!x yah buat repod dah..x yah buat list dh..juz live the life (^.^)
LAPORAN PROGRAM JAMBORI PELAJAR SENIBINA KE-23
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
Hari : Ahad - Jumaat
Tarikh : 12 – 17 Jun 2011
Pensyarah pengiring : En.Tajul Edrus Nordin
En.Nasurudin Hasbullah
Jumlah Peserta : 55 orang pelajar AP213
Kejayaan : Tempat ke-3 bagi pertandingan ‘Installation & Exhibition’ yang disertai oleh
1. AHMAD SYAHMI B. ABDUL AZNAN 2008517741
2. MOHAMMAD SOBRI B. ABDUL RAHMAN 2008785083
3. MUHAMMAD YAAQUB HAMBIAQ B. MAHMOOD 2008791343
4. MOHD HADZRI B. MOHAMAD HILMI 2008593591
5. MOHD ZULFEKAR B. ABDUL RAHMAN RICHARD 2008593457
6. MOHD HAFIZE B. ABU KASSIM 2008300409
7. MUHAMMAD 'AFIF B. OTHMAN 2008502081
8. SITI FATIAH BT. IBRAHIM 2008598081
9. FATIMATUL ZAHARA BT. ZOHDI 2008516197
AGENDA :
- Modul latihan berkumpulan,
- Diskusi
- Perbentangan umum
- Pertandingan (multimedia, fotografi, persembahan, rekaan, ‘installation & exhibition’)
AHAD
- Selamat tiba di perkarangan UTM Skudai pada jam 8.00 pagi
- Pendaftaran peserta bertempat di Foyer Fakulti Alam Bina (FAB) UTM Skudai beserta penyerahan kain rentang bersama bahan-bahan pertandingan yang lain (CDR multimedia, fotografi, rekaan)
- Aktiviti pemasangan dan persediaan tempat untuk pameran
- Melukis mural mewakili UiTM
- ‘ice-breaking’ dan pembahagian peserta mengikut kumpulan
- Modul latihan berkumpulan
- mereka tanglung dan belon panas
- menaikkan belon panas
ISNIN
- Majlis perasmian ‘TERANG’ bertempat di Dewan Sultan Ismail
- Modul latihan berkumpulan - melukis mural kumpulan dan membentuk kiub
- Pertandingan persembahan malam pertama
SELASA
- Pengucapan umum oleh mana-mana IPT yang mendaftarkan diri
- Modul latihan berkumpulan - mencipta dan membentuk maskot TERANG
- Pertandingan persembahan malam kedua
RABU
- Bertolak ke Johor Bahru menaiki bas IPT masing-masing
- Modul latihan berkumpulan – ‘treasure hunt’ bertempat disekitar JB
- Persembahan umum di Legaran Segget
- Bazaar JB disekitar JB
KHAMIS
- Jualan Bazter disekitar FAB
- Mesyuarat perhubungan PAM
- Permainan Bazter dan persembahan oleh peserta berbakat
- Majlis penutup bertempat di Dewan Sultan Ismail
- penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan
- penyerahan cenderamata kepada IPT yang menyertai jambori
- pengumuman UPM terpilih sebagai tuan rumah untuk Jambori pelajar Senibina Ke-24 2012 bertemakan PADI
JUMAAT
- Mengemas bahan pameran
- Penyerahan kunci asrama
- Bertolak kembali ke UiTM Perak pada jam 12.00 tengahari dan selamat sampai pada jam 8.00 malam
Disediakan oleh,
(SITI FATIAH BT. IBRAHIM)
Setiausaha
Persatuan ARCHISA
UiTM Perak
************************************************
gambar kt fb je.mekacih >.<
Thursday, April 1, 2010
~LaPoRan LawAtaN Ke LamBor~
Menurut responden kami, Puan Hamimah Bt. Mat Hasyim,48, makam-makam tersebut terbiar hinggakan kami sendiri sukar untuk menemuinya kerana buat masa sekarang tiada penjaga yang ditugaskan untuk memelihara kawasan makam tersebut. Manakala menurut waris Tok Sagor, iaitu Encik Haji Ramli B. Ngah Mat Ali atau juga dikenali Orang Besar Perak, makam-makam tersebut bakal dibaik pulih dibawah pengurusan pihak istana kerana ia berpotensi juga sebagai tarikan pelancong. Menurut beliau lagi, makam-makam sultan asalnya memiliki ukiran melayu asli pada kayu cengal sebagai dekorasi. Namun kami tidak pasti pada komponen mana ukiran tersebut diletak memandangkan hasil-hasil seni tersebut telah dicuri dari makam. Berkaitan pantang larang semasa menziarahi makam sultan, beliau hanya berpesan supaya ikut aturan seperti ke tanah perkuburan yang biasa dimana suci dari hadas besar, memberi salam, mendoakan si mati, dan menjaga adab serta pertuturan.
Sekitar jam 2.10 petang, kami bertolak ke Kampung Tersusun Teluk Memali dengan harapan sempat untuk ke makam-makam sultan yang lain dan juga tapak kubur J.W.W Birch namun hasrat kami tidak kesampaian kerana terlepas simpang dan bila kami kembali ikut simpang yang betul, kami hanya sempat masuk separuh jalan sahaja memandangkan masa telah hampir jam 3.00 petang.
Pada hari lawatan tersebut, kumpulan kami tidak sempat untuk ke Galeri Pasir Salak kerana pada fikiran kami, rombongan lawatan akan pergi bersama-sama setelah berkumpul di lokasi perjumpaan semula.
Setelah berkumpul dan masing-masing telah solat, setiap ketua kumpulan diminta supaya melaporkan hasil lawatan dan selepas itu Encik Firdaus membuat sedikit ulasan berdasarkan laporan kami. Rombongan kemudiannya dengan persetujuan majoriti telah bertolak ke Teluk Intan untuk sarapan tengahari yang tertunda kerana menurut Encik Firdaus di Teluk Intan terdapat gerai mee yang istimewa dan paling sedap. Kami tiba disana pada 4.30 petang. Rezki tidak menyebelahi kami kerana sampai sahaja disana, mee sudah habis. Dengan sedikit kecewa, rombongan kami bersarapan di gerai yang lain berdekatan dengan Menara Condong. Kami juga tidak sempat untuk masuk ke dalam menara tersebut kerana waktu melawat hanyalah sehingga jam 5.00 petang. Kami sekadar bergambar di kawasan menara dan melawat gerai-gerai jualan berhampiran.
Rombongan bertolak balik pada jam 7.00 malam dan berhenti untuk solat Maghrib di Masjid Sultan Azlan Shah sebelum meneruskan perjalanan kembali.Kami selamat tiba di kampus pada jam hampir 9.00 malam.
Wednesday, March 24, 2010
knape bangunan lama still blh tahan smpai skrg?
scara logik yang aku dpt fkr buat masa skrg tanpa refer mn2 adalah disbbkan oleh struktur bangunan dan material yg diguna..
klu tengok kebanyakan bangunan2 lama kat tapak sjrah org dulu2 bnyk guna natural stone dgn clay bricks..size block plak bsr2 so dorg punya wall tebal.
cth blh tengok cam angkor wat,borobudur,n kalau kat malaysia ni yg femes A'Famosa..
borobudur
angkor wat
phanom rung
Wednesday, March 17, 2010
penguasaan bumi kini...
pnguasaan bumi...kalau lihat skrg cnfrm la jelas tahu kan pihak mn yg punya kuasa.dia yg cntrol ekonomi.dia yg cntrol ngara lmah...penguasaan sesuatu pihak blh brlaku bila ada satu pihak yg lain bertelagah sesama sndri dan lemah dalam pemerintahan serta pemimpin x berlaku jujur..
cuba kita fkr.kalau sumbr alam kita majukan sndri,maju x nanti bangsa kita??x perlu lagi brgntg pada org asing..mmg betul intrksi dgn mereka still perlu.tapi jgnlah mempertuankan mereka....
ms kls en.firdaus lepas,dia tnjk peta bumi versi lain.really mmg nmpak sgt kuasa bsr skrg sejak dulu mmg nk kita kabur dengan sejrh kita.nak kita lupa siapa kita sebenarnya.nak kuburkan sejarah kegemilangan kita.nak timbus semangat kita...semua tu utk apa?
cuba kita fkr.kalau sumbr alam kita majukan sndri,maju x nanti bangsa kita??x perlu lagi brgntg pada org asing..mmg betul intrksi dgn mereka still perlu.tapi jgnlah mempertuankan mereka....
ms kls en.firdaus lepas,dia tnjk peta bumi versi lain.really mmg nmpak sgt kuasa bsr skrg sejak dulu mmg nk kita kabur dengan sejrh kita.nak kita lupa siapa kita sebenarnya.nak kuburkan sejarah kegemilangan kita.nak timbus semangat kita...semua tu utk apa?
Friday, March 5, 2010
....history atau BMnya sejarah...
"pada ak sjrh pntg utk dikaji.cam biasa la sbbnya mesti supaya bnda yg x diingini berulang..."emm ayat ni la jwpn femes klu org tya pndapat pasal sejarah kan...
pada ak la kan,sejarah ni la yg menentukan siapa kita skrg dan apa kita skrg..
lectrer histry aku ade tanya dlm kelas,kamu Melayu ke?macam mana kamu blh cakap kamu ni Melayu?...ngeee~ x tau nk jwb.btl ke aku Melayu?Pure x?kalau ikut tkrif dlm perlmbgaan aku mmg Melayu tapi banyak tapinya...
see,ni la satu senario mnunjukkan betapa pntg sejarah.kan dh jadi kes.kes xahu asal-usul..huuu~
sejarah ni luas.sejarah la guru terbaik...
pada ak la kan,sejarah ni la yg menentukan siapa kita skrg dan apa kita skrg..
lectrer histry aku ade tanya dlm kelas,kamu Melayu ke?macam mana kamu blh cakap kamu ni Melayu?...ngeee~ x tau nk jwb.btl ke aku Melayu?Pure x?kalau ikut tkrif dlm perlmbgaan aku mmg Melayu tapi banyak tapinya...
see,ni la satu senario mnunjukkan betapa pntg sejarah.kan dh jadi kes.kes xahu asal-usul..huuu~
sejarah ni luas.sejarah la guru terbaik...
Subscribe to:
Posts (Atom)






