Pages

Monday, April 5, 2010

Papan SI-SA, FloaTinG StruCture

hola.....
ish minggu ni banyak betul program.yang latest kelmarin baru kitorang selesai project floating structure under kelas design yang mana kitorang studio 03 Sri Iskandar gabung dengan stdio 03 Shah Alam bertempat kat Papan.Masuk ni pergi kat Papan saja dah tiga kali untuk sem ni.yang first dulu under kelas design juga tapi untuk study pasal color.second time pulak masa kem jati diri warga senibina,program under departmnt...untuk task gabung dengan student SA ni kitorang kena bawa materials dari kampus..ada bawa botol,batang pipe,tali,benang,dawai,tube,cable,dan banyak la lagi..
structure yang kitorang buat kena floating time letak 2 brick or kitorang akan fail...
sambil tunggu student SA sampai kitorang first cari dan cop port untuk group masing-masing.group aku pilih paling hujung.thn kitorang buat ala-ala empangan kat port tu supaya arus tidak laju dan level air nak dalam lagi...budak SA datang baru kitorang start built our structure.idea kitorang create sama2 dan kitorang puas hati dengan hasil kerja kitorang...
mak oi berjela cerita tapi lupa pulak nak habaq pasal member group aku.untuk task ni aku still group dengan zati,fit n clarence dan tambah 3 member dari SA iaitu Wafeeq,Soya dan Didi...

Detik Kejayaan kat Papan...hehe

Clarence,Zati,Tih,Fit

Soya,Wafeeq,Didi

Belah malam pulak kitorang gabung antara 2 group untuk performance.group nombor ganjil dengan ganjil dan genap dengan genap.performance kitorang base on cabutan.group aku kena bangkitkan suasana horror..hehe kacang je coz senior yang jaga dewan makan pun sempoi time minta dia pun tutup lampu area tu.group aku dapat second place untuk best performance.kira ok la dapat gak hadiah lastik 1.....

~suasana discussion before performance~

Pada second day,lepas breakfast dalam jam 9.00am, student SA terus ke gua tempurung untuk trip diorang while us kat Papan teruskan aktiviti dengan jungle tracking...ni kali kedua aku join track yang sama.yang before ni x best coz aku sorang je part 3 but this time best sangat-sangat pasal dengan member kelas.dapat main air pulak tu.lagi la bertambah syok..hahaa..emm x lupa buat pacat kat papan,thanks coz bagi aku kenangan.kalau ada next time,harap pilih la orang lain pulak.ngee~

stop jap..semput.hahaa


track kitorang tahap 2 je.tu pun dah cukup penat

Saturday, April 3, 2010

~LeLuHuR~

wah syok sgt dinner tadi.hahaa..slamber main air hujan kot..archydinner sem ni tema luhur.pakaian kna melayu tradisional..hentam je baju kurung(tradisional gak kan?+ kebangsaan gitu)..
aish mak ai tadi punya la lama tunggu 'pengantin' brsiap smpai baju lencur ngan peluh.sabor je ler..
dnner kali ni kat pdg kawad.boleh la tahan.specialnya makan bersila yg berakhir ngan banjir~

gulz from studio 03


sometme we need rest.so enjoy je ngan banjir..
opss somthg special gak dinner tadi.sabahan pakai baju melayu..hehe cumel gitu.







Thursday, April 1, 2010

~LaPoRan LawAtaN Ke LamBor~

Pelajar kumpulan AR3B dan AR3D untuk kursus Sejarah Senibina telah mengadakan satu lawatan ke Kampung Gajah dan kawasan lain yang berdekatan dengannya.Rombongan dijadual bertolak pada jam 8.30 pagi tetapi disebabkan beberapa masalah timbul kami bertolak hampir jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan masing-masing dan sampai di lokasi berkumpul iaitu Masjid Sultan Azlan Shah, Kampung Gajah sekitar jam 10.15 pagi. Encik Firdaus memberi sedikit penerangan dan nasihat berkaitan dengan tujuan lawatan sebelum kami memulakan tugas berkumpulan.Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dimana setiap kumpulan telah diberi tugasan berbeza. Bagi kumpulan tiga, kami ditugaskan untuk mengkaji pengaruh senibina Indonesia dalam pembinaan makam di kawasan kajian. Setiap kumpulan diberi tempoh sehingga jam 3.00 petang untuk mengumpul bahan dan dikehendaki berkumpul semula di lokasi perjumpaan.Untuk mendapatkan maklumat ringkas berkaitan lokasi dimana terletaknya makam, kami telah pergi ke Pejabat Pentadbiran yang terletak di pekan Kg.Gajah. Kami berpeluang menemubual penghulu mukim Kampung Gajah, Encik Malik dan juga penghulu mukim Pasir Panjang Hulu iaitu Encik Syamsul. Maklumat yang diperoleh ternyata tidak mencukupi dan Encik Syamsul menyarankan kami supaya pergi ke Galeri Pasir Salak dimana disana terdapat banyak maklumat boleh diperolehi. Disebabkan masa agak lewat, kumpulan kami membuat keputusan untuk terus ke makam terdekat terlebih dahulu.
Makam yang kami ziarahi hanyalah makam Sultan Muhamad Iskandar Shah, makam Sultan Ahmad Tajuddin, dan Makam Megat Terawis. Lokasi makam tersebut agak tersembunyi dan dalam usaha menjejak makam kami ada tersesat jalan. Tiga makam tersebut terletak disepanjang Sungai Perak. Kemungkinan kenapa ia dibina disepanjang sungai kerana pada masa dahulu sungai merupakan pengankutan utama. Makam-makam tersebut dibina sama seperti kebanyakkan makam raja-raja di Indonesia dimana ia mempunyai ‘platform’. Selain itu, sultan tidak dikebumikan seorang dalam satu kawasan tetapi dikebumikan bersama kerabat yang lain diatas ‘platform’ tersebut.

Menurut responden kami, Puan Hamimah Bt. Mat Hasyim,48, makam-makam tersebut terbiar hinggakan kami sendiri sukar untuk menemuinya kerana buat masa sekarang tiada penjaga yang ditugaskan untuk memelihara kawasan makam tersebut. Manakala menurut waris Tok Sagor, iaitu Encik Haji Ramli B. Ngah Mat Ali atau juga dikenali Orang Besar Perak, makam-makam tersebut bakal dibaik pulih dibawah pengurusan pihak istana kerana ia berpotensi juga sebagai tarikan pelancong. Menurut beliau lagi, makam-makam sultan asalnya memiliki ukiran melayu asli pada kayu cengal sebagai dekorasi. Namun kami tidak pasti pada komponen mana ukiran tersebut diletak memandangkan hasil-hasil seni tersebut telah dicuri dari makam. Berkaitan pantang larang semasa menziarahi makam sultan, beliau hanya berpesan supaya ikut aturan seperti ke tanah perkuburan yang biasa dimana suci dari hadas besar, memberi salam, mendoakan si mati, dan menjaga adab serta pertuturan.

Sekitar jam 2.10 petang, kami bertolak ke Kampung Tersusun Teluk Memali dengan harapan sempat untuk ke makam-makam sultan yang lain dan juga tapak kubur J.W.W Birch namun hasrat kami tidak kesampaian kerana terlepas simpang dan bila kami kembali ikut simpang yang betul, kami hanya sempat masuk separuh jalan sahaja memandangkan masa telah hampir jam 3.00 petang.

Pada hari lawatan tersebut, kumpulan kami tidak sempat untuk ke Galeri Pasir Salak kerana pada fikiran kami, rombongan lawatan akan pergi bersama-sama setelah berkumpul di lokasi perjumpaan semula.

Setelah berkumpul dan masing-masing telah solat, setiap ketua kumpulan diminta supaya melaporkan hasil lawatan dan selepas itu Encik Firdaus membuat sedikit ulasan berdasarkan laporan kami. Rombongan kemudiannya dengan persetujuan majoriti telah bertolak ke Teluk Intan untuk sarapan tengahari yang tertunda kerana menurut Encik Firdaus di Teluk Intan terdapat gerai mee yang istimewa dan paling sedap. Kami tiba disana pada 4.30 petang. Rezki tidak menyebelahi kami kerana sampai sahaja disana, mee sudah habis. Dengan sedikit kecewa, rombongan kami bersarapan di gerai yang lain berdekatan dengan Menara Condong. Kami juga tidak sempat untuk masuk ke dalam menara tersebut kerana waktu melawat hanyalah sehingga jam 5.00 petang. Kami sekadar bergambar di kawasan menara dan melawat gerai-gerai jualan berhampiran.

Rombongan bertolak balik pada jam 7.00 malam dan berhenti untuk solat Maghrib di Masjid Sultan Azlan Shah sebelum meneruskan perjalanan kembali.Kami selamat tiba di kampus pada jam hampir 9.00 malam.